OLD

Click to view full images
OLD
Author: Jueliana
Genres: Fiction, Mystery, Romance
Printable: Allowed to Digital use only
Language: Malay
Pages: 423
Digital Download: Download the product after purchasing. No physical product will be shipped. The purchased product will always be in your "My purchase" section. Also, the product will automatically send to your respective email.
Refunds: We don't accept returns, exchanges or order cancellations due to the nature of digital purchases.
Description/Synopsis

Sudahlah baru hilang pekerjaan. Tiba-tiba pula dicekup berkhalwat dalam rumah sendiri dengan lelaki yang membuat pengakuan sudah lama menyimpan perasaan cinta padanya selama ini. Lelaki itu nekad pula mahu mengambilnya sebagai isteri.
“Tak ada istilah bergurau bagi saya jika sesuatu yang melibatkan maruah dan nama baik Aura Althea.” – Luthfi Adrian.
Gila! Ini bukan caranya menyelesaikan masalah. Ini menambahkan malapetaka namanya.
Malang sekali kerana rayuannya tidak diterima. Penjelasannya telah dicampakkan ke tong sampah.
Setelah disatukan dalam ikatan yang tidak diinginkan dia dikejutkan pula dengan perangai suami yang sangat membingungkan. Lelaki itu boleh menjadi sangat mementingkan diri dan membahayakan orang di sekeliling mereka. Lelaki itu tidak lagi memerlukan keluarga dan kawan-kawannya. Lelaki itu membuatkan dia semakin tertekan.
“Saya dah cuba untuk faham awak. Tapi saya gagal. Saya buntu dan tak tahu nak buat apa sekarang. Sampai bila kita nak hidup dalam keadaan begini?” – Aura Althea.
“Kalau awak tak nak tengok saya yang seperti tadi jangan buat saya hilang kendali diri. Saya tak boleh mengawal diri jika sesuatu terjadi pada awak.” – Luthfi Adrian.
Tidak cukup dengan semua masalah yang dihadapi sekarang lelaki itu melemparkan ‘bom tangan’ kepadanya. Dia rasa dah nak gila. Dia rasa macam nak lari jauh. Tapi dia sedar yang dia tidak ada jalan keluar. Lelaki itu tidak akan pernah melepaskannya.
Sekarang apa yang perlu dia lakukan? Selepas mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang bergelar suami itu, masih mampukah dia bertahan dan setia sebagai seorang isteri? Berapa lama dia mampu bertahan dalam perkahwinan seperti ini?

Tags

Sign In

Register




Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.