JOM LARI?
Description/Synopsis
Suka marah-marah?
Suka membeli-belah?
Suka mengumpul barang-barang?
Tak bagi anak kahwin?
Ini semua sifat Puan Suria hingga membuatkan anak-anak menjauhkan diri daripadanya. Mujur ada Hasna, si bongsu yang sanggup berkorban segala-galanya demi kebahagiaan si emak singa. Namun sering kali pengorbanan Hasna diperlekehkan.
Malah sifat Puan Suria semakin hari semakin tak terjangka. Dengan jiran baru pun mahu dibuat musuh, sedangkan dulunya elok sahaja mereka berjiran dengan keluarga si Kameel.
Mahfuz tahu dia perlu lakukan sesuatu. Bukan sahaja kerana tidak mahu adiknya, Hasna, terus membujang tapi juga mahu menyedarkan Puan Suria yang tentang sikapnya yang sangat salah walaupun dia seorang ibu.
“Hasna … kalau kata-kata tak mampu lembutkan hati mak Hasna tu, apa kata sesekali Hasna tunjuk dengan perbuatan.”
“Macam mana?”
“Jom lari?”