MITOS CINTA
Description/Synopsis
Kata orang, anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan lelaki tua.
Tapi kalau yang tua itu seperti Adrian, dia sanggup menyanyi setiap hari.
Mila, seorang pelakon tambahan yang tidak dikenali malah tidak langsung disedari kewujudannya dalam dunia seni. Dia tidak kisah semua itu asalkan boleh sentiasa bersua dengan Adrian, pelakon aksi senior yang kacak dan popular.
Namun, perasaannya sering kali gugup tatkala berhadapan dengan Adrian sehingga menimbulkan masalah di set penggambaran. Melayan khayalan buatkan realiti menjadi huru-hara.
“Saya minta maaf kerana saya, reputasi Encik Ad terganggu.” – Mila.
Tidak mahu membebankan Adrian, Mila mula menjauhkan diri. Namun, semakin dia cuba menjauh, Adrian pula semakin mendekati.
Ternyata ada rahsia yang disimpan kemas oleh Adrian.
Rahsia yang mampu menjadi paksi merealisasikan mitos yang sering dibabadkan.