Kepentingan Sejarh Maritim di Kepulauan Melayu
Description/Synopsis
Sejak dahulu lagi, maritim adalah merupakan sebuah aktiviti yang begitu sinonim dengan peradaban yang telah wujud dalam Dunia Melayu ataupun juga dikenali sebagai Kepulauan Melayu ataupun Nusantara. Kawasan Kepulauan Melayu ini adalah merupakan sebuah kawasan yang luas merangkumi lima zon utama bagi kegiatan maritim1 iaitu zon pertama yang meliputi Pantai Coromandel, Selatan India, Sri Lanka, Burma, utara Semenanjung Tanah melayu dan pantai barat Sumatera. Laut Malayu yang lebih dikenali sebagai Selat Melaka oleh para pelayar dan pedagang Arab2 pula adalah merupakan kawasan maritim yang berada dalam zon dua dan menjadi sebuah kawasan perdagangan maritim yang sibuk dalam kalangan masyarakat Melayu di Kepualauan Melayu. Zon yang ketiga pula adalah merujuk kepada kawasan pantai timur laut semenanjung Tanah Melayu dan pantai selatan Vietnam. Seterusnya, zon empat pula meliputi kawasan laut Sulu yang terdiri daripada kawasan pantai barai Luzon, Mindoro, Cebu dan Mindanao serta pantai utara Borneo. Laut Jawa pula adalah merupakan kawasan yang berada dalam zon lima yang meliputi kawasan Selat Sunda, pantai Selatan Sumatera, Kepulauan Maluku, Banda Timor, pantai barat Borneo dan Jawa.3
Kelima-lima zon ini telah menjadikan kegiatan maritim sebagai salah satu aktiviti utama memandangkan kawasan ini adalah saling berhubung melalui kelautan walaupun adalah bersifat terpisah secara fizikal melalui aspek kelautan. Hubungan yang telah terjalin antara kelima-lima zon ini juga telah berjaya membentuk sifat saling bergantungan dalam aktiviti maritim terutamanya dalam aspek sumber dagangan sehingga membawa kepada kelangsungan sumber dalam kegiatan maritim yang berlangsung di Kepulauan Melayu ini. Situasi ini bertambah lancar lagi dengan kewujudan pelabuhan serta bandar pelabuhan yang besar dan hebat seperti Melaka, Ayuthaiya, Aceh, Pasai, Makasar, Johor-Riau serta Bantam. Kewujudan kawasan pelabuhan serta bandar pelabuhan tersebut telah mendorong kepada kepesatan perdagangan dan berjaya menarik minat para pedagang luar untuk menjalankan aktiviti perdagangan di kawasan ini. Kedatangan mereka itu telah memberi impak yang positif serta negatif terhadap suasana persekitaran serta di Kepulauan Melayu. Impak positif serta negatif tersebut adalah telah terbentuk dalam aspek kepentingan sejarah maritim Dunia Melayu. Kepentingan maritim pada zaman tersebut kemudiannya telah mempengaruhi pembentukan pemahaman terhadap sejarah Asia Tenggara.