Eastern-Question: Reaksi Kuasa-Kuasa Besar terhadap Konflik Bosnia-Herzegovina

Eastern-Question: Reaksi Kuasa-Kuasa Besar terhadap Konflik Bosnia-Herzegovina
Printable: Allowed to Print and Digitally used
Language: Malay
Level: University
Pages: 38
Style: B&W, Digital/Typing
Digital Download: Download the product after purchasing. No physical product will be shipped. The purchased product will always be in your "My purchase" section. Also, the product will automatically send to your respective email.
Refunds: We don't accept returns, exchanges or order cancellations due to the nature of digital purchases.

Bosnia-Herzegovina adalah merupakan sebuah kawasan yang berada di semenanjung wilayah Balkan. Ia juga turut berada dalam kedudukan geografi di Eropah Timur dan berhampiran dengan Serbia serta Croatia. Secara khususnya, semenanjung Balkan adalah merupakan salah sebuah kawasan tanah jajahan bagi kerajaan Turki Uthmaniah sejak tahun 1463 setelah berjaya mengalahkan tentera Serbia dalam Perang Kosovo yang telah meletus sejak Jun 1389.1 Situasi ini telah menjadikan kerajaan Turki Uthmaniah ini memiliki kawasan Bosnia-Herzegovina. Sehubungan itu, model pentadbiran yang telah diamalkan oleh pihak kerajaan ini adalah berdasarkan sistem pentadbiran Islam dan kemudiannya telah mengalami reformasi yang dikenali sebagai Tanzimat. Sistem ini telah berjaya diaplikasi di Bosnia-Herzegovina selama 412 tahun ataupun lagi tepat adalah sehingga tahun 1875. Setelah itu, pentadbiran yang diamalkan mengalami sedikit perubahan dari semasa ke semasa berikutan perkara tertentu. Perkara tersebut adalah melibatkan situasi pemberontakan yang telah berlaku di Bosnia- Herzegovina yang bermula pada Julai 18752 berikutan beberapa faktor signifikan yang melibatkan aspek politik, ekonomi dan sosial.

Pemberontakan ini kemudiannya telah menyebabkan reaksi kuasa-kuasa besar seperti Rusia, Austria-Hungary, Jerman, Perancis dan juga Britain untuk masuk campur serta mainkan peranan tertentu dalam menjadi aktor dalam menyelesaikan konflik tersebut demi kepentingan pengaruh mereka. Dalam penulisan yang seterusnya akan dibincangkan secara jelas berkaitan dengan peranan yang telah dimainkan oleh pihak kuasa-kuasa besar tersebut. Situasi ini sebenarnya telah mendorong kepada sebuah lagi bentuk perbincangan yang melibatkan keseluruhan peristiwa serta pihak kuasa besar bersama kerajaan Turki Uthmaniah. Perbincangan tersebut adalah merupakan perkara yang melibatkan istilah Eastern Question ataupun juga dikenali sebagai Persoalan Timur. Persoalan Timur ini adalah merupakan perkara yang telah berlaku di kawasan Eropah tetapi dalam perbincangan ini isu Persoalan Timur ini hanya berfokus kepada perbincangan di salah sebuah kawasan jajahan Turki Uthmaniah yang terletak di Eropah Timur iaitu Bosnia Herzegovina.

Sehubungan itu, dalam perbincangan yang seterusnya akan dibincangkan dengan secara terperinci tentang Persoalan Timur ini. Kemudian, akan dipaparkan juga beberapa perkara yang menjelaskan kepada perkaitan antara Persoalan Timur ini dengan konflik yang berlaku di wilayah semenanjung Balkan iaitu Bosnia-Herzegovina. Selain itu, berdasarkan teks sebelum ini, telah dinyatakan bahawa terdapat juga beberapa usaha yang telah dijalankan oleh pihak kuasa besar dalam menangani ataupun menghentikan konflik yang berlaku di Bosnia-Herzegovina. Oleh itu, akan diterangkan juga secara terperinci berkaitan dengan usaha-usaha tersebut yang juga sebenanrnya dibentuk atas dasar untuk menjaga kepentingan pengaruh masing-masing melalui keberadaan kawasan Bosnia-Herzegovina tersebut. Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniah mengalami kemerosotan sehingga menyebabkan ia terpaksa menghadapi situasi kehilangan wilayah tertentu di kawasan Semenanjung Balkan.

Sign In

Register




Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.